Warga China jadi operator judi online diberkas

Antara warga China yang ditahan dalam serbuan di kediaman di sekitar ibu negara tengah malam tadi.
Antara warga China yang ditahan dalam serbuan di kediaman di sekitar ibu negara tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membongkar kegiatan sindiket perjudian online susulan penahanan 36 warga China di empat buah kediaman di sekitar ibu negara tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Mohamad Fauzi Md Isa berkata, operasi kira-kira jam 12.15 tengah malam itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen Putrajaya.

Menurutnya, seramai 35 lelaki dan seorang wanita warga China berusia lingkungan 17 hingga 56 tahun berjaya diberkas atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai sebarang dokumen dan tinggal lebih masa.

"Pemeriksaan di kediaman terbabit menjumpai banyak telefon bimbit dan komputer riba yang mana dipercayai kesemua suspek ini berperanan sebagai operator perjudian online.

"Pemeriksaan juga mendapati sindiket ini beroperasi dengan menggunakan laman web tertentu yang menawarkan judi bercirikan kasino, sport game, slot game dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelbagai telefon bimbit yang dirampas Imigresen dalam serbuan di kediaman di sekitar ibu negara tengah malam tadi.
Pelbagai telefon bimbit yang dirampas Imigresen dalam serbuan di kediaman di sekitar ibu negara tengah malam tadi.

Beliau berkata, turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan yang disyaki merupakan pegawai perhubungan atau perantara dengan pengendali perjudian online yang berada di China.

Katanya, lelaki tempatan itu juga turut bertanggungjawab menguruskan tempat tinggal warga China terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Sindiket yang menyasarkan pemain judi dari China, Indonesia dan juga Malaysia itu dipercayai telah beroperasi sejak lima bulan lalu dan mampu mengaut keuntungan kira-kira RM10,000 sehari," katanya.

Tambahnya, maklumat hasil operasi dan tangkapan ini akan dipanjangkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Imigresen akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengalu-alukan kerjasama dari masyarakat dalam menyalurkan maklumat yang tepat tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya tindakan segera dan tegas dapat diambil," katanya.