Nas Adila, Aliff Razali timang anak kedua

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Nas Adila berkongsi berita gembira telah selamat melahirkan cahata mata keduanya, hasil perkongsian hidup dengan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, Aliff Razali.

Nas menerusi hantaran yag dibuat di laman Instagramnya hari ini memberitahu bayi lelaki seberat 3.3kg itu selamat dilahirkan pada pukul 12.58 tengah malam tadi.

“Alhamdulillah Allah permudahkan sangat-sangat kelahiran putera kedua saya dan suami, @aliff_masta88. 6/8/2019, 3.3kg, 12.58am. Terima kasih banyak-banyak atas doa kalian,” tulis Nas sebagai kapsyen pada gambar pertama anak keduanya itu tanpa mendedahkan wajah.

No Image Caption

Dalam pada itu, Aliff menerusi Instagram miliknya juga merakamkan rasa terima kasih kepada isterinya yang melahirkan zuriat mereka bersama.

“Alhamdulillah bini aku mudah saja bersalin. Sebab kami dari awal dah visualise ‘semuanya akan disempurnakan oleh ALLAH tepat pada masanya! Sebenarnya, kita sendiri yang boleh pilih keadaan itu.

“Aku salute ibu-ibu yang melahirkan anak. Terima kasih mak melahirkan aku, terima kasih ibu-ibu dan ayah yang kuat!

“So moral of the story, bersangka naik dalam apa jua keadaan dan situasi. ALLAH bersama kita,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rizqi Ikhram, 3 tahun.