JKM cari waris remaja, tiga kanak-kanak

Farah Diba (gambar atas kiri), Rabiatuladawiyah (gambar atas kanan), Arfan (gambar bawah kiri) dan Jasrier.
Farah Diba (gambar atas kiri), Rabiatuladawiyah (gambar atas kanan), Arfan (gambar bawah kiri) dan Jasrier.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta ibu bapa kandung atau waris tampil bagi membantu urusan penempatan dan kebajikan seorang remaja serta tiga kanak-kanak yang dirujuk kepada agensi itu sebelum ini.

JKM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang mengesan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Farah Difa Mastuki, 17, yang ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa kandungnya pada 2016 berikutan mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Indonesia.

"Remaja ini diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur untuk ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis selama tiga tahun sehingga 19 Julai lalu.

"Ibu kandung remaja ini dikenali sebagai Yumaika Amir manakala bapanya, Matsuki Nahrawi dan mereka dilaporkan bercerai sejak remaja ini berusia 10 tahun," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, JKM turut mengesan waris tiga kanak-kanak iaitu Rabiatuladawiyah Abdullah, 3, Jasrier Kaur, 7, dan, Arfan Alfian Abdul Azim, 3.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Farah Difa dan Rabiatuladawiyah boleh berhubung dengan pelindung kes, Mohd Bukhori Samah di talian 03-26124000 manakala ibu bapa kandung atau waris Jasrier boleh menghubungi Azizul Rahaman Zabidin di talian 03-26124000.

"JKM sedang mengesan ibu kandung kanak-kanak bernama Noralia Farhana Md Nawi bagi membantu mahkamah membuat keputusan terbaik untuk kanak-kanak ini.

"Mana-mana pihak yang ada maklumat boleh berhubung dengan pelindung kes, Siti Sarah Khairul Anuar di talian 03-26124000," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: