Nyaris maut gara-gara belon panas

Belon panas namun tiada kemalangan jiwa.
Belon panas namun tiada kemalangan jiwa.
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang wanita cedera manakala 15 penumpang nyaris maut apabila belon dinaiki mereka terhempas dan terbakar di Utara-Timur Melbourne, semalam.

Belon panas itu terhempas di Lembah Yarra, Victoria berhampiran Melbourne setelah sebuah tangki gas terbakar.

Memetik portal 9 News, insiden itu berlaku pada jam 6 pagi selepas belon itu diterbangkan kira-kira 30 minit.

Dikendalikan oleh juruterbang berpengalaman, belon panas itu selamat mendarat sebelum semua penumpang dipindahkan.

Insiden itu telah memusnahkan keseluruhan belon panas bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Enam jentera balai bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran. - 9News

Artikel Berkaitan: