Muhammad Afiff Irfan selamat terima hati ibu

Keadaan Muhammad Afiff Irfan yang selamat menjalani pembedahan di New Delhi, India, semalam.
Keadaan Muhammad Afiff Irfan yang selamat menjalani pembedahan di New Delhi, India, semalam.
A
A
A

KUALA KRAI - Kanak-kanak lelaki yang menghidapi penyakit kegagalan hati atau Biliary Atresia, Muhammad Afiff Irfan Abdullah, setahun tiga bulan, selamat menjalani pembedahan di Saket, New Delhi India, semalam.

Muhammad Afiff Irfan menerima hati daripada ibunya, Zahalini Alias, 39.

Bapanya, Abdullah Yaakub, 37 berkata, anak bongsu serta isterinya berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan sekitar 12 jam.

"Kedua-duanya kini berada di unit rawatan rapi (ICU), ikut maklumat doktor anak dan isteri stabil.

"Kepada rakyat Malaysia terima kasih kerana membantu menghulurkan sumbangan, mohon doakan anak dan isteri saya pulih segera," katanya yang bertolak ke India pada 24 Julai lalu.

Abdullah berkata, mereka dijangka berada di hospital berkenaan sehingga 24 September ini.

Sebelum ini Sinar Harian menyiarkan kisah keluarga ini yang memohon bantuan kewangan bagi mencukupkan kos keseluruhan pembedahan RM160,000 untuk mereka ke India 14 Julai lalu.

Bagaimanapun, tarikh pembedahan ditunda disebabkan wang terkumpul belum mencukupi ketika itu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa rayu bantuan RM119,000 pemindahan hati anak