Lelaki ugut, kejar bapa dengan parang

Parang yang dirampas. (Gambar kecil: Muhd Nurhishamuddin Hashim)
Parang yang dirampas. (Gambar kecil: Muhd Nurhishamuddin Hashim)
A
A
A

JEMPOL- Seorang lelaki bertindak mengejar bapanya yang berusia 70 tahun dengan sebilah parang di sebuah rumah di Felda Pasoh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila suspek berusia 34 tahun berang setelah bapanya menegur perbuatannya yang meletakkan motosikal di dalam rumah.

"Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan marah-marah serta menendang barang-barang di dalam rumah sebelum mengambil sebilah parang lalu mengejar sambil mengugut bapanya.

"Mangsa yang dalam ketakutan terus lari menyelamatkan diri ke dalam bilik serta mengunci pintu.

"Kejadian tersebut disaksikan oleh isteri mangsa yang ketika itu berada di dapur, bagaimanapun insiden ini tidak melibatkan kecederaan," katanya mengesahkan laporan tersebut. .

Muhd Nurhishamuddin berkata, polis telah menahan suspek di rumahnya hari ini dan telah direman selama empat hari.

"Berdasarkan siasatan lanjut, suspek mempunyai enam kesalahan narkotik dan lima kesalahan jenayah lain. Siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: