Jangan lulus tapak pelupusan sisa Lynas

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang digesa supaya tidak meluluskan tapak pelupusan bagi tujuan penyimpanan sisa pemprosesan nadir bumi yang dikendalikan oleh Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, tiada tempat yang sesuai untuk kegunaan tersebut di negeri ini.

“Sisa radioaktif sudah bertimbun dan sekarang telah melebihi 500 ribu tan. Setakat ini kita difahamkan tiada satu tapak yang sesuai untuk dijadikan tempat pelupusan kekal.

“Jadi kita gesa kerajaan negeri yang dikuasai UMNO/Barisan Nasional tidak meluluskan mana-mana tempat bagi tujuan itu,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah menghapuskan keperluan untuk Lynas Corp bagi memulangkan sisa pemprosesan bumi sebagai prasyarat untuk pembaharuan lesennya.

Artikel Berkaitan: