Penduduk Pulau Perhentian sertai kursus jurumudi

Peserta kursus bersama tenaga pengajar dan urusetia kursus terdiri daripada kakitangan Bahagian Taman Laut dan Jabatan Laut di Pulau Perhentian.
Peserta kursus bersama tenaga pengajar dan urusetia kursus terdiri daripada kakitangan Bahagian Taman Laut dan Jabatan Laut di Pulau Perhentian.
A
A
A

KUALA BESUT- [DIKEMASKINI] Seramai 35 penduduk Pulau Perhentian mengikuti kelas lesen jurumudi bertempat di Pusat Taman Laut Pulau Perhentian di sini.

Ketua Pejabat Bahagian Taman Laut dan Perlindungan Sumber Daerah Besut, Abdul Ghafar Saleh berkata, peserta terbabit terdiri daripada golongan lelaki yang mempunyai potensi menjadi pemandu bot pelancong.

Menurutnya, Kursus Jurumudi Persediaan Mualim di bawah 500GT Domestik Terhad itu berlangsung selama tiga hari dianjurkan Bahagian Taman Laut.

“Peserta diwajibkan mengikuti sukatan kursus ditetapkan antaranya kelas dek dan enjin sebelum mereka menduduki ujian lisan yang dikendalikan pensyarah Jabatan Laut,” katanya.

Abdul Ghafar berkata lagi, kursus ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perlunya menggunakan perkhidmatan bot atau feri berlesen dan memiliki perlindungan insurans.

Menurutnya, ia juga bertujuan meningkatkan ilmu kelautan dalam masyarakat Pulau Perhentian selain memberi pendedahan tentang Ordinan PerkapalanSsaudagar 1952.

“Kursus ini bukan sahaja beri kebaikan penduduk tetapi kepada pelancong ke Pulau Perhentian khususnya dan mereka perlu mengetahui seseorang pemandu yang mereka naiki mempunyai lesen atau sebaliknya,” katanya.

Artikel Berkaitan: