Taman Botani Pulau Pinang

A
A
A

Taman Botani Pulau Pinang di Jalan Kebun Bunga atau dahulunya dikenali sebagai Taman Air Terjun ditubuhkan pada 1884 oleh pihak British. Ia merupakan taman botani tertua di Malaysia.

Menyedari akan keperluan untuk melaksanakan aktiviti pemuliharaan biodiversiti, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperluaskan kawasan Taman Botani daripada 29.14 hektar kepada 242.07 hektar pada 2003 dan 2004, yang merangkumi hutan dipterokarpa di sekitarnya.

Taman Botani Pulau Pinang juga merupakan pusat pemuliharaan alam sekitar, pendidikan dan latihan di samping menjadi tempat beriadah serta tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Produk inovasi dinamakan INKIFLUX

No Image Caption
GALERI

Kempen PRK Kuala Kubu Baharu bermula

No Image Caption
GALERI

Perkampungan dobi

No Image Caption
GALERI

Corak permukaan air kopi