Bernama jelaskan wujud laman web palsu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menjelaskan wujud satu laman web palsu yang kelihatan menyerupai laman web rasmi agensi berita nasional itu.

Bernama dalam satu kenyataan menegaskan bahawa laman web itu bukan miliknya, dan percaya laman web itu diwujudkan bagi tujuan mengelirukan orang ramai.

"Beberapa wartawan juga menafikan penglibatan dalam penulisan artikel yang memaparkan nama mereka pada laman web berkenaan," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu Bernama akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu selain memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan diambil. - Bernama

Artikel Berkaitan: