Judi online: Lima lelaki ditahan polis

Seorang penjaga premis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan judi online di sebuah pusat snuker di Taman Kobena, Cheras Kuala Lumpur malam tadi.
Seorang penjaga premis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan judi online di sebuah pusat snuker di Taman Kobena, Cheras Kuala Lumpur malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membongkar kegiatan perjudian online yang beroperasi di sebalik sebuah pusat snuker di Taman Kobena, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada jam 3 petang.

Menurutnya, pemeriksaan di pusat snuker itu berjaya mengesan aktiviti perjudian online menggunakan telefon bimbit.

"Tiga lelaki berusia lingkungan 43 hingga 69 tahun berjaya ditahan. Turut dirampas telefon bimbit, modem, wang tunai serta peralatan snuker.

"Salah seorang suspek adalah penjaga premis, manakala dua lagi adalah pemain," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kegiatan perjudian online yang berselindung di sebalik pusat snuker di Taman Kobena, Cheras Kuala Lumpur, diserbu polis malam tadi. (Gambar kecil, antara individu yang ditahan polis dalam operasi di hadapan pusat snuker di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.)

Mohamed Mokhsein berkata, semakan juga mendapati pusat snuker berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.

Dalam kes berasingan, dua lagi lelaki berusia 29 dan 32 tahun ditahan di hadapan sebuah pusat snuker di Taman Tenaga, Cheras kira-kira jam 8 malam.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti perjudian online menggunakan telefon bimbit membabitkan kedua-dua suspek terbabit. Malah ujian air kencing juga mengesahkan mereka positif dadah," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman dua hari dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1982.