Pengawal keselamatan cedera diragut

Mangsa alami kerugian RM1,750 akibat diragut.
Mangsa alami kerugian RM1,750 akibat diragut.
A
A
A

REMBAU - Seorang pengawal keselamatan cedera ringan diragut di hadapan sebuah rumah di Rumah Rakyat Sungai Lalang di sini semalam.

Kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika mangsa Sarimah Pajar, 53, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja di sebuah sekolah di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha LC warna merah telah meragut gelang tangan emas mangsa.

"Akibatnya mangsa terjatuh dari motosikal dan mengalami calar di kaki dan tapak tangan.

"Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,750 dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban," katanya.

Menurutnya, mangsa memberitahu dia menyedari dirinya diekori suspek sebelum diragut.

Beliau berkata, polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: