Pemilik lori terbalik minta pulangkan semula susu

Orang ramai mengambil susu dari lori terbalik di Bachok semalam.
Orang ramai mengambil susu dari lori terbalik di Bachok semalam.
A
A
A

BACHOK - [DIKEMASKINI] Pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar semalam meminta orang ramai yang mengambil susu dari kenderaan berat itu supaya memulangkannya semula.

Azizan Zainuddin, 57, berkata, lori yang dipandu anaknya, Mohd Baihaki, 25, itu membawa 24 palet susu dan mereka hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang, Selangor ke gudang di Pengkalan Chepa.

"Setakat ini saya hanya menerima semula dua palet. Satu palet mengandungi 50 kotak susu. Satu kotak ada 48 tin susu, bayangkan berapa banyak saya rugi jika orang ramai tidak pulangkan kepada saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, dia juga akan meminta pihak masjid di Wakaf Zin membuat pengumuman mengenainya waktu solat Jumaat esok.

"Orang ramai yang mahu pulangkan susu boleh hubungi saya di talian 014-8498669," katanya.

Kejadian jam 4 petang semalam tular di laman sosial apabila orang ramai tanpa segan silu mengambil susu dari lori tersebut.

Difahamkan pemandu yang luka di dahi sempat melihat muatan yang dibawa tidak bertaburan sebelum dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu gambar-gambar orang ramai mengambil susu tersebar di laman sosial.

Artikel Berkaitan: