X

Kindly register in order to view this article
!

Festival Jualan Pertengahan Tahun Lazada meriah

CHOW (kiri) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Diana Boo melancarkan Festival Jualan Pertengahan Tahun Lazada baru-baru ini.
A
A

FESTIVAL Jualan Pertengahan Tahun Lazada cukup meriah dengan potongan harga sehingga 50 peratus hanya dalam tempoh 24 jam di Lazada Malaysia dan jualan dijalankan serentak di enam pasaran di Asia Tenggara.

Pengguna Lazada juga menikmati pengalaman membeli-belah yang menghiburkan dengan ciri-ciri baharu seperti permainan Guess It yang disiarkan secara langsung, tawaran pra pesanan Chup Dulu dan jaminan pembelian produk terpilih dengan jaminan harga terendah.

Pesta Jualan Pertengahan Tahun itu juga bertepatan dengan pameran Big Baby Fair Tahunan Lazada yang berlangsung lebih dari 5 hari iaitu dari 12 Julai sehingga 16 Julai lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow, Lazada berusaha gigih untuk menjadi destinasi gaya hidup harian bagi pengguna di Malaysia dengan menawarkan pelbagai jenis, fungsi dan gaya pada harga yang sesuai.

“Pesta Pertengahan Tahun membawakan tawaran yang terbaik daripada Lazada kepada pembeli dan penjual bagi merancakkan jualan yang lazimnya lebih sunyi dan perlahan.

“Pendekatan itu memberi lebih banyak peluang kepada kami untuk membawakan keseronokan berterusan kepada pembeli dalam tempoh setahun sekali gus meningkatkan prestasi penjual,” katanya.

Sebagai sebahagian matlamat penganjuran Festival Tahun Baru Lazada, peneraju eDagang dapat meningkatkan lagi strategi shoppertainment dengan permainan Guess It yang pertama kalinya serentak di enam negara rantau ini.

Guess It ialah rancangan selama 30 minit dalam aplikasi yang menggabungkan konsep gameshow dengan kandungan livestream yang dihasilkan secara profesional.

Gameshow tersebut menampilkan personaliti hiburan tempatan terkenal seperti Aiman Tino, Harris Baba, Sharifah Sakinah, Sean Lee, Jordan Yeoh, Sherry Alhadad, Nabil Aqil, Shu Faye dan Theeban G sebagai pengacara serta memberikan petunjuk kepada penonton untuk meneka harga produk tersebut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!