FOOK Loi Corporation pusat 3S Proton baharu di Lahad Datu

SUASANA premium dan kawasan menunggu yang selesa di pusat 3S yang terbaharu di Lahad Datu.
A
A

FOOK Loi Corporation Sdn Bhd telah membuka satu lagi pusat 3S Proton yang terletak di Sabah. Kali ini, cawangan baharu tersebut terletak di Lahad Datu dan merupakan yang kedua selepas pusat 3S yang dibuka oleh Fook Loi di Sandakan tahun lalu.

Cawangan 3S di Lahad Datu itu adalah yang pertama dibuka oleh pengedar Sabah yang menampilkan warna-warna identiti korporat baharu Proton.

Sebagai sebuah pusat 3S, ia menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton. Kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf cawangan baharu itu bernilai kira-kira RM2 juta.

Cawangan-cawangan baharu dan produk yang terbaik membantu kejayaan Proton Cawangan 3S baharu Fook Loi akan menyediakan pelanggan dengan pengalaman pemilikan Proton yang hebat.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, Thomas Chiu Kui Yin percaya bahawa model-model baharu dan yang dipertingkatkan penyumbang kepada pertumbuhan jualan Proton pada tahun 2019.

“Proton sinonim dengan kebanggaan negara dan dengan teknologi terkini yang dipasang pada kereta-kereta syarikat, ia kembali menjadi jenama kepercayaan rakyat Malaysia.

“Kereta-kereta Proton juga kini lebih menarik bagi pembeli kereta generasi muda secara tidak langsung boleh membantu membina kesetiaan kepada jenama,” katanya.

Cawangan 3S baharu itu menawarkan suasana premium dan kawasan menunggu pelanggan yang akan memberikan keselesaan untuk melihat kereta-kereta baharu Proton serta ruang menunggu kereta mereka yang dihantar untuk diservis yang cukup selesa.

Antara lain yang disediakan untuk pelanggan ialah tempat mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta ruangan minuman atau kopi.

Proton telah mengembangkan lagi namanya sebagai jenama automotif yang mempunyai cawangan 3S/4S paling banyak.