Rumah, kereta musnah dalam kebakaran

Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah Ria awal pagi tadi.
Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah Ria awal pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah Ria, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Yusri Atan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.41 pagi.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dengan kekuatan sembilan anggota diketuainya bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat jenis kekal, telah musnah keseluruhannya.

"Kejadian tersebut turut memusnahkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi. Ketika kejadian, empat penyewa sedang tidur berjaya menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: