Menteri Islam kembali sertai kerajaan Sri Lanka

Rishad Bathiudeen (kanan) adalah antara menteri Islam yang meletak jawatan pada bulan lalu.
Rishad Bathiudeen (kanan) adalah antara menteri Islam yang meletak jawatan pada bulan lalu.
A
A
A

COLOMBO - Menteri Islam di Sri Lanka yang meletak jawatan beramai-ramai susulan insiden serangan bom yang menggemparkan negara itu pada April lalu menyertai semula kerajaan.

Pegawai kerajaan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas polis mengesahkan mereka tidak terlibat dengan ekstremisme.

"Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri Negeri terbabit telah mengangkat sumpah di hadapan presiden malam tadi," menurut kenyataan pejabat Presiden Maithripala Sirisena.

Seramai sembilan penggubal undang-undang dan beberapa daripadanya menteri Kabinet meletak jawatan pada awal bulan lalu selepas seorang ahli Parlimen Buddha menggesa pemecatan menteri Islam selain turut menuduh mereka ada kaitan dengan keganasan.

Jurucakap ahli Parlimen berkata, mereka memutuskan untuk menerima portfolio masing-masing selepas polis membersihkan nama mereka daripada kumpulan ekstremis yang terlibat dalam serangan pengeboman tersebut.

Hampir 100 individu yang ada kaitan dengan kumpulan militan tempatan telah diberkas selepas serangan ke atas tiga gereja dan hotel mewah yang meragut 258 nyawa pada 21 April lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: