Piagam UMNO-Pas tidak menyentuh soal pembahagian kerusi

Takiyuddin Hassan, Annuar Musa
Takiyuddin Hassan, Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Laporan portal berita yang menyatakan UMNO bersedia menyerahkan kerusi tradisi kepada Pas berdasarkan kepada perkara yang terkandung dalam Piagam parti adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan media bersama Setiausaha Agung kedua-dua parti, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Piagam UMNO-Pas yang diluluskan Jawatankuasa Perundingan parti langsung tidak menyentuh soal pembahagian kerusi.

"UMNO dan Pas mempunyai mekanisme mengenai perkara ini. Laporan portal berita itu menyebut kononnya Piagam UMNO Pas turut memuatkan persetujuan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti dengan nisbah tertentu," menurut kenyataan tersebut.

Portal berita itu semalam melaporkan sumber sebagai berkata, UMNO sedia menyerahkan kerusi tradisinya kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melalui formula agihan kerusi 50-50.

Katanya, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan ia terkandung dalam piagam kedua-dua parti.

Menurut kenyataan tersebut, UMNO dan Pas meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung Piagam UMNO Pas.

"Sepatutnya semua pihak menunggu hari pelancaran pada 14 September ini," katanya.

Artikel Berkaitan: