Enam lelaki ditahan positif dadah

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu melibatkan 11 anggota termasuk empat anggota AADK negeri.
Operasi bermula jam 12 tengah malam itu melibatkan 11 anggota termasuk empat anggota AADK negeri.
A
A
A
MARANG - Seramai enam lelaki termasuk dua daripada mereka melanggar syarat pengawasan ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang dalam operasi dijalankan di daerah ini kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Marang, Roslina Awang berkata, operasi itu dijalankan bagi menyelesaikan kes aduan yang diterima selain untuk menahan suspek yang telah melanggar syarat pengawasan.

"Kesemua suspek ditahan disahkan positif dadah termasuk dua yang melanggar syarat pengawasan. Lima daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lagi positif dadah jenis opiat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan&Pemulihan) 1983 pindaan 1998," katanya.

Operasi diketuai Penolong Pegawai AADK Terengganu, Wan Azlan Wan Kadir itu bermula jam 12 tengah malam melibatkan 11 anggota termasuk empat anggota AADK negeri.
Artikel Berkaitan: