JKM peroleh perintah hak jagaan 8 beradik

Kesemua lapan beradik termasuk bayi berusia dua minggu yang diselamatkan JKM negeri ini selepas ibu (duduk) dan bapa mereka ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Bukit Rambai di sini awal pagi semalam.
Kesemua lapan beradik termasuk bayi berusia dua minggu yang diselamatkan JKM negeri ini selepas ibu (duduk) dan bapa mereka ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Bukit Rambai di sini awal pagi semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka memperoleh perintah hak jagaan sementara semua lapan beradik yang diselamatkan pihak berkuasa di rumah mereka di Bukit Rambai di sini semalam.

Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik berkata, perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini terhadap mereka mengikut peruntukan Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Perintah hak jagaan sementara diperoleh selama sebulan dan dalam tempoh itu kita akan mencari waris yang berkelayakan untuk menjaga semua adik-beradik ini. Kita harap waris yang layak boleh tampil untuk memohon penjagaan.

"Tetapi sekiranya tiada kita akan dapatkan perintah penjagaan tetap sebelum ditempatkan di mana-mana institusi JKM mengikut kategori sehingga umur mereka mencapai 18 tahun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan JKM negeri ini menyelamatkan lapan beradik termasuk seorang bayi yang baru dua minggu dilahirkan selepas ibu bapa mereka ditahan selepas ujian urin mendapati positif dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Bukit Rambai di sini awal pagi semalam.

Bagaimanapun, dua lagi adik-beradik mereka berusia 14 dan 17 tahun tiada di rumah ketika itu.

Serbuan dibuat selepas pihak berkuasa selepas menerima aduan bahawa ada antara 10 beradik berkenaan tidak bersekolah sejak awal tahun ini, manakala ibu dan bapa mereka berusia 38 dan 43 tahun dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Mereka juga dikatakan tidak cukup makan dan ketika diselamatkan, lapan beradik yang berada di rumah dalam keadaan kelaparan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah terlibat dadah, 8 anak tak terurus