Polis masih siasat motif pembunuhan suami isteri

Datuk Mohamad (kiri) melakukan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan kepada Che Zakaria (kanan) yang disaksikan oleh Datuk Rosli (tengah) di IPK hari ini.
Datuk Mohamad (kiri) melakukan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan kepada Che Zakaria (kanan) yang disaksikan oleh Datuk Rosli (tengah) di IPK hari ini.
A
A
A

SEREMBAN – Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti motif utama kes pembunuhan suami isteri akibat ditetak sebelum dibakar, di Taman Desa Melati, Nilai 25 Julai lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya berusaha mengumpulkan semua bukti yang berkaitan untuk mengenalpasti motif pembunuhan.

“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan baru, empat yang ditahan sebelum ini masih lagi direman untuk membantu siasatan.

“Tunggulah kita perkemaskan siasatan dan kita akan kumpulkan segala bukti, jika ada perkembangan terbaru kita akan maklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini.

Mohamad
Mohamad

Pada program tersebut, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, dilantik Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan itu, disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Sementara itu, Che Zakaria ketika berucap berkata, beliau akan terus memikul tanggungjawab yang diberi dengan baik dalam merealisasikan vivi serta misi PDRM khususnya dalam membantu menerajui kontijen negeri ini.

Artikel Berkaitan: