Terjun Sungai Golok sebab nampak polis

Operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba kembali disambung pada hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba kembali disambung pada hari ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok, berhampiran pangkalan haram Pak Awang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dalam kejadian jam 3 petang lelaki berusia 42 tahun itu terkejut dengan tindakan polis sebelum terjun ke sungai.

"Sebelum kejadian, sepasukan anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sedang menjalankan rondaan mencegah penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.

"Setiba di lokasi kejadian, seorang lelaki didapati telah bertindak melarikan diri sejurus melihat kehadiran anggota polis," katanya.

Abdullah Mohammad Piah
Abdullah Mohammad Piah

Menurutnya, lelaki itu kemudian terus terjun ke dalam sungai dan selepas menunggu beberapa ketika, dia tidak timbul-timbul satu laporan telah dibuat.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) terus dilakukan bermula semalam sebaik sahaja laporan dibuat.

Artikel Berkaitan: