Dua sekawan pecah rumah, curi kereta diberkas

Polis memberkas dua sekawan selepas dipercayai memecah masuk kediaman dan melarikan kereta milik seorang pembantu pegawai perubatan di Jalan Genting Klang, di sini, kelmarin.
Polis memberkas dua sekawan selepas dipercayai memecah masuk kediaman dan melarikan kereta milik seorang pembantu pegawai perubatan di Jalan Genting Klang, di sini, kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas dua sekawan selepas dipercayai memecah masuk kediaman dan melarikan kereta milik seorang pembantu pegawai perubatan di Jalan Genting Klang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian itu disedari mangsa berusia lingkungan 30-an selepas pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, wang tunai berjumlah RM1,100, gold bar, kad akses kondominium serta kereta jenis Perodua Myvi telah dilarikan suspek.

"Susulan itu, keesokannya, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis berjaya mengesan salah seorang suspek yang memandu Perodua Myvi tersebut di Taman Pinggiran Putra, Sri Kembangan kira-kira jam 9.15 pagi.

"Suspek berusia 29 tahun kemudian berjaya ditahan. Soal siasat kemudian membawa penahanan seorang lagi suspek di Pandamaran, Klang kira-kira jam 5 petang hari yang sama," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, polis masih giat memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas.

Mengulas lanjut, siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkait kes dadah dan jenayah selain aktif dalam kes pecah rumah, curi kenderaan serta samun.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sejak bila suspek ini aktif. Tapi kita percaya mereka ini akan mensasarkan mangsa-mangsanya sekiranya mempunyai peluang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kedua-dua suspek ini kini direman empat hari sehingga Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan.