Tolak politik demi pembangunan usahawan

Nazri (tengah) ketika pelancaran Karnival Keusahawanan Pantai Timur di Teluk Chempedak hari ini.
Nazri (tengah) ketika pelancaran Karnival Keusahawanan Pantai Timur di Teluk Chempedak hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang sedia bekerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan meskipun berbeza pandangan politik demi pembangunan usahawan.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Nazri Ngah berkata, dalam usaha melahirkan usahawan luar bandar dalam kalangan generasi muda kerajaan negeri menerusi agensi pelaksana sentiasa menekankan untuk menolak perbezaan politik.

"Kerajaan negeri akan menyokong apa sahaja program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mewujudkan budaya usahasama untuk membangunkan usahawan orang muda di dalam dan luar bandar.

"Sokongan dari segi penyediaan prasarana agensi terutama dalam pembangunan industri halal sama ada pengeluaran makanan kerana kita mahu membina kerjasama yang baik dengan kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Pantai Timur di Teluk Chempedak di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Ahli Perbadanan SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshe dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Noor Azmi Mat Said.

Menurutnya, perkara itu seperti dititahkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Shah Al Sultan Abdullah.

"Kita tidak mahu gajah sama gajah bergaduh, kancil tersepit di tengah-tengah. Begitulah ibaratnya perbezaan politik antara negeri dan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

"Jika diperbesarkan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada pembangunan usahawan kerana ia melibatkan hubungan banyak agensi," katanya.

Sementara itu, Nazri berkata, pada masa ini dua halal hab sudah dibuka di Gambang Kuantan iaitu Teknologi Park dan Gambang Halal Hab.

"Sebanyak 9,907 syarikat usahawan didaftarkan di negeri ini dengan 86.4 peratus di bidang perkhidmatan, 4.7 peratus pembuatan, manakala 8.9 peratus membabitkan pertanian, pembinaan dan perlombongan.

"Hanya 5.3 peratus daripadanya adalah wanita manakala selebihnya usahawan lelaki," katanya.