Kes bunuh suami isteri: Polis panggil beberapa lagi individu

Gambar kecil: Mohd Nor Marzuki
Gambar kecil: Mohd Nor Marzuki
A
A
A

NILAI - Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan berhubung kes pasangan suami isteri yang disyaki dibunuh di Taman Desa Melati, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan berdasarkan keterangan yang diambil daripada empat suspek yang ditahan.

Katanya, buat masa ini, polis sedang menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan daripada empat suspek yang telah ditahan petang 25 Julai lalu.

"Masih ada lagi ( individu yang akan dipanggil), tetapi buat masa ini saya tidak boleh dedahkan lagi kerana bimbang akan ganggu siasatan.

"Kita baru tahan empat suspek, pihak polis dalam usaha mengumpul bukti berkaitan kes ini dan motif kejadian masih belum dikenal pasti," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Nor Marzukee berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihaknya mendapati, kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kesan lecur akibat kebakaran, dan mengesyaki bahawa rumah tersebut sengaja dibakar.

Semalam, media melaporkan polis telah menahan empat individu berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri warga emas dibunuh: Polis tahan empat individu

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dalam kebakaran pada jam 10.45 malam di Taman Desa Melati, Nilai.

Siasatan awal terhadap kedua-dua mangsa yang telah tinggal selama 10 tahun di situ mendapati, terdapat kesan tikaman dan kelar pada tubuh mangsa yang dikenali sebagai Tan Kim Joo, 73, dan Ng Chong Hwa, 67 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.