Suami isteri warga emas dibunuh: Polis tahan empat individu

Mohd Nor Marzukee Besar
Mohd Nor Marzukee Besar
A
A
A

NILAI - Polis menahan empat individu berusia antara 30 hingga 45 tahun hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian pasangan suami isteri warga emas dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Melati, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, empat yang ditahan merupakan tiga lelaki dan seorang wanita.

"Mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sebaik dipanggil untuk memberi keterangan di IPD berkenaan.

"Kesemuanya direman selama tujuh hari bermula hari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman dan kelar di rumah mereka yang terbakar di Taman Desa Melati, di sini.

Mayat Tan Kim Joo, 73, ditemui di bahagian dapur dan isterinya Ng Chong Hwa, 67, di dalam sebuah bilik dijadikan stor di tingkat bawah berhampiran dapur ketika bomba memadam kebakaran pada jam 9. 30 malam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat suami isteri ditemui dalam keadaan berlumuran darah

Artikel Berkaitan: