Demonstrasi masakan Chef Reezlin curi tumpuan pengunjung

Chef Reezlin bersama peminat yang hadir menyaksikan demonstrasi memasak sempena Pesta Buku Kedah 2019.
Chef Reezlin bersama peminat yang hadir menyaksikan demonstrasi memasak sempena Pesta Buku Kedah 2019.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Hari ketiga Pesta Buku Kedah 2019 berlangsung meriah dengan pelbagai acara menarik termasuk demonstrasi masakan Chef Alaf 21, Reezlin Abdul Rahman.

Menurut Reezlin, demonstrasi memasak ayam panggang sitrus dan fettuccine carbonara mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung terdiri daripada kaum ibu serta penglibatan badan bukan kerajaan (NGO).

"Ada kelainan memasak sempena pesta buku kerana kali ini saya dikelilingi peminat yang juga pembaca yang telah mengikuti resipi masakan melalui buku yang saya hasilkan.

Antara menu disediakan Chef Reezlin iaitu ayam panggang sitrus dan fettuccine carbonara.
Antara menu disediakan Chef Reezlin iaitu ayam panggang sitrus dan fettuccine carbonara.

"Mereka betul-betul dahagakan ilmu, kita guna peluang yang ada untuk kongsi ilmu masakan dengan peminat," katanya.

Selain penulis buku masakan, Kumpulan Media Karangkraf juga membawakan penulis 'thriller' terkenal, Ramlee Awang Murshid melalui sesi Bicara Thriller dan Seram pada jam 3.30 petang hingga 5 petang esok bersama dua lagi penulis, Eqbal Mohaydeen dan Fitri Hussin.

Bermula jam 2 petang pula, Sesi Fuiyoo Senangnya Matematik Bersama Kipas Hikmat untuk murid tahap dua dan peringkat menengah rendah dijalankan selama dua sesi.

Artikel Berkaitan:

Antara menu disediakan Chef Reezlin iaitu ayam panggang sitrus dan fettuccine carbonara.
Antara menu disediakan Chef Reezlin iaitu ayam panggang sitrus dan fettuccine carbonara.

Orang ramai juga akan dihiburkan dengan sesi kemunculan maskot Omar dan Hana bermula jam 1.30 petang, 2.30 petang dan 5 petang di mana setiap sesi mengambil masa selama 30 minit.

Pesta Buku Kedah 2019 bermula 24 hingga 30 Julai 2019 di Village Mall Sungai Petani menyasarkan 100,000 pengunjung dengan lebih 50 pempamer mengambil bahagian.