Pelantikan tak jejas kredibiliti: Kah Woh

Kah Woh (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) di Ipoh Parade, di sini hari ini.
Kah Woh (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) di Ipoh Parade, di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh memberi jaminan bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) tidak akan menjejas kredibiliti beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Kah Woh, tidak wujud sebarang konflik kepentingan di dalam pelantikan tersebut memandangkan anggota PAC terdiri daripada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

"Ingin saya tegaskan di sini, pelantikan saya sebagai Pengerusi SEDA tiada konflik kepentingan dengan jawatan saya di dalam PAC.

"Saya tak mahu layan tuduhan Pemuda UMNO dan pembangkang terhadap DAP kerana ia tak berasas dan fitnah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) di Ipoh Parade, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa pelantikan Kah Woh sebagai pengerusi SEDA menyerlahkan lagi kerakusan DAP untuk menguasai pelbagai sektor ekonomi negara.

Menurut Kah Woh, sebarang keputusan melibatkan siasatan PAC dibuat secara kolektif dengan mengambil pandangan semua ahli.

Dalam perkembangan lain, Kah Woh berkata, jika terdapat siasatan atau sesi pendengaran awam berkaitan SEDA, beliau akan menarik diri daripada terlibat dalam sesi tersebut.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan tiada sebarang konflik kepentingan dalam sebarang keputusan yang akan dibuat.

Artikel Berkaitan: