40 peratus usahawan culas bayar pinjaman

Suparadi (kiri) sampaikan sumbangan kepada penerima di sini hari ini.
Suparadi (kiri) sampaikan sumbangan kepada penerima di sini hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Hampir 40 peratus daripada 419,000 usahawan kecil dan sederhana yang meminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun), dikesan masih membayar balik pinjaman berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, daripada jumlah berkenaan, hampir 100 kes dibawa ke mahkamah.

Beliau meningatkan mereka yang sengaja lari daripada membayar balik pinjaman berkenaan, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.

“Kita tidak sebenarnya tidak mahu sebarang kes dibawa ke mahkamah, tapi jika peminjam sukar berbincang dan memberi kerjasama, kita terpaksa mengambil tindakan.

“Bagi mereka yang ada masalah ekonomi, kita akan beri peluang kedua dengan syarat mereka memaklumkan kepada kita supaya mudah untuk kita memberi tunjuk ajar serta nasihat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Sumbangan Bantuan Persekolahan kepada 150 pelajar yang kurang kemampuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mahmud Paduka Raja 1, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: