Azmin tak keluar PKR, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Desas-desus kononnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak benar.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang nombor dua PKR itu masih kekal dalam parti itu.

"Saya tidak dengar pun, dia (Azmin) dah nafi, yang keluar parti, (media yang beritahu)," katanya pada sidang media di Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini.

Semalam tular di aplikasi WhatsApp dengan hantaran kononnya satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang akan meninggalkan PKR susulan pergeseran dalaman parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha politik nafi Azmin akan tinggalkan PKR

Setiausaha politik Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan berita yang bertebaran di media sosial itu.

Hilman Idham yang menafikan hantaran itu berkata, fitnah yang ditularkan itu datangnya daripada orang yang sentiasa kalah dengan Mohamed Azmin.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Malangnya, itu tidak akan berlaku. Mohamed Azmin akan tetap bersama PKR,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Selain itu, media turut melaporkan desas-desus Mohamed Azmin kononnya akan menyertai Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) dan Gerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak timbul isu Azmin masuk Bersatu: Amirudin

Gerakan terima Azmin dengan tangan terbuka

Dalam perkembangan lain, Anwar enggan mengulas mengenai 21 ahli PKR Cabang Masjid Tanah termasuk Naib Pengerusinya, Khairuddin Ibrahim yang bertindak mengumumkan keluar parti semalam.

"Tak payahlah... pasal parti, fokus simposium," katanya.