Hasrat Azmin sertai Gerakan disampaikan pemimpin PH

Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau Hoe Chai
A
A
A

SUNGAI PETANI - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengakui pernah membincangkan mengenai isu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai parti itu, namun bukan perbincangan rasmi.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau pernah menerima kehadiran beberapa pemimpin PKR dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang menyampaikan maklumat dan hasrat berhubung kesudian Azmin menyertai Gerakan.

"Saya tidak tahu mereka mewakili Azmin atau mewakili sesiapa tetapi saya ada kata memang ada pemimpin NGO, pemimpin PKR dan parti lain Pakatan Harapan (PH) ingin melihat Azmin menyertai Gerakan.

"Oleh itu jawapan saya tetap sama, kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bersetuju dengan ideologi Gerakan, kita alu-alukan mereka masuk," katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, isu Azmin bakal menyertai Gerakan itu telah lama diperbincangkan iaitu sebelum video intim didakwa membabitkan pemimpin PKR tular.

"Sebelum isu video juga pernah ada rumus Azmin nak masuk Gerakan," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah Gerakan akan menerima kehadiran mana-mana pemimpin PKR selepas video kontroversi itu tular.

Dalam masa sama, beliau juga enggan menyatakan sama ada menawarkan sebarang jawatan sekiranya Azmin menyertai parti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Borang pun belum terima lagi, takkan nak bincang tentang isu jawatan pula. Saya tidak akan ulas tentang sesuatu perkara yang belum berlaku," katanya.

Beliau juga mengakui tidak menerima surat permohonan rasmi dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk berbuat demikian.

Semalam, Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong mengucapkan selamat datang kepada Timbalan Presiden PKR itu sekiranya mahu bersama Gerakan.

Gerakan menerima Azmin dengan tangan terbuka jika benar Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berhasrat menyertai parti tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha politik kepada Mohamed Azmin, Hilman idham menafikan kononnya Timbalan Presiden PKR itu akan keluar parti selepas beberapa isu yang terpalit.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan terima Azmin dengan tangan terbuka