Lelaki tikam bekas isteri dijel tiga tahun

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman bermula hari ini.
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman bermula hari ini.
A
A
A

BESUT - Seorang peniaga ikan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Besut hari ini selepas mengaku salah atas tuduhan menikam bekas isterinya di sebuah kedai makan di Pantai Air Tawar di sini petang semalam.

Majistret Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Che Mohd Azlan Muda, 31, dari Kuala Besut mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Hidayah Ismail, 28, di sebuah kedai makan ikan bakar Pantai Air Tawar jam 4 petang semalam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izzaida Ibrahim.

Berdasarkan fakta kes, semasa berada di bilik solat di dalam kedai makan tempatnya bekerja, mangsa telah didatang bekas suaminya yang meminta mangsa untuk rujuk semula dan kembali kepadanya.

Tertuduh yang tidak berpuas hati kerana mangsa tidak mahu lagi kembali bersamanya telah mengeluarkan sebatang pemutar skru berbentuk T dan terus menikam ke arah muka mangsa.

Mangsa menutup mukanya dengan menggunakan kedua-dua tangan, namun tertuduh bertindak menarik rambut mangsa dan menikam ke arah muka mangsa bertubi-tubi.

Artikel Berkaitan: