Pegawai menteri beli sendiri jam mewah RM28,000: Vui Keong

Liew Vui Keong
Liew Vui Keong
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri undang-undang, Liew Vui Keong berkata Suruhnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melepaskan pegawai kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani daripada siasatan menerima suapan jam mewah RM28,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Vui Keong berkata, setiausaha politik kepada Datuk Salahuddin Ayub itu sebaliknya membeli sendiri jam mewah itu.

"SPRM membebaskan kerana dia dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rasuah setiausaha politik, tiada kaitan dengan sebarang projek: Salahuddin

"Saya difahamkan pegawai tersebut isytiharkan dia punya interest (kepentingan) dalam perkara itu sebelum pihak SPRM membuat tindakan,” katanya kepada Dewan Negara semasa sesi soal jawab hari ini.

Vui Keong ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara daripada BN, Ibrahim Shah Abu Shah berkata, konflik kepentingan seperti disebutkan oleh senator itu tidak wujud.

Terdahulu, Ibrahim mengatakan menerima aduan terdapat konflik kepentingan dan campur tangan kerajaan dalam kes ini.

Pada 1 April, SPRM menahan pegawai Salahuddin itu atas dakwaan menerima jam tangan mewah sebelum dibebaskan empat hari kemudian.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Artikel Berkaitan:

Salahuddin bagaimanapun menafikan kewujudan projek pembangunan yang dikatakan dalam penahanan pembantunya.