Penganggur ditahan bersama 100kg daun ketum

Perkakas dan alat memproses daun ketum turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Dungun kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkakas dan alat memproses daun ketum turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Dungun kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
A
A
A

DUNGUN - Polis menahan seorang penganggur dan merampas 15 bungkusan plastik hitam mengandungi 100 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM5,000 di sebuah rumah di Jalan Paka-Dungun di sini.

Ketua Polis Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 20 tahun dan masih bujang itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas rumahnya diserbu.

Menurutnya, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

"Pemeriksaan pada badan suspek tidak menjumpai barang salah namun hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah polis menjumpai 15 bungkusan hitam berisi dedaun kehijauan disyaki ketum di bahagian ruang tamu rumah tersebut.

"Selain itu kita juga merampas 32 peket plastik cecair kehijauan disyaki air ketum dan 45 peket plastik cerah berisi cecair kehitaman disyaki cecair codeine," katanya hari ini.

Baharudin berkata, turut dirampas perkakas dan alat memproses daun ketum iaitu alat penimbang, periuk, dapur gas, penapis, tong gas warna kuning, tong hijau dan beberapa helaian plastik.

Kesemua 15 bungkusan hitam daun ketum yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,000.
Kesemua 15 bungkusan hitam daun ketum yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,000.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,500 termasuk daun ketum yang jika mengikut harga pasaran dijual RM50 untuk setiap kg.

Artikel Berkaitan:

"Hasil soal siasat suspek yang beralamat di Kampung Che Lijah, Dungun mengaku semua ketum yang dijumpai miliknya dan mendapat bekalan dari pembekal di Perak.

"Pembekal tersebut menghantar bekalan dua kali seminggu dengan kuantiti 100kg setiap penghantaran," katanya.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.