X

Kindly register in order to view this article
!

Fitnah bermula daripada orang sekeliling, kata MB Selangor

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamed Azmin yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini malam tadi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberi bayangan yang beliau mengetahui siapa dalang kepada konspirasi video intim antara Muhammad Haziq Abdul Aziz dengan seorang lelaki mirip menteri kanan dalam Kabinet.

Amirudin yang diketahui ramai sebagai salah seorang pemimpin paling kuat di belakang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, dalang tersebut adalah mereka yang pernah melalui zaman pahit ketika isu sama timbul 20 tahun lalu.

Menurutnya, beliau tidak takut untuk membuat kenyataan demikian kerana berpendirian serta kesedarannya jelas bahawa politik kotor dan jijik perlu ditolak sepenuhnya.

“Agak malang sebab jangkaan yang ingin kita buang bahawa fitnah ini bermula daripada orang sekeliling yang pernah mengalami peristiwa pahit ini.

“Namun makin hari, setiap saat kita dapat melihat semakin hampir ia dilakukan oleh mereka yang pernah melalui detik sejarah hitam ini yang pernah berjuang melawan detik hitam ini hingga ia menjadi asas kepada perjuangan ini,” dakwanya.

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamed Azmin yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini malam tadi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.
Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamed Azmin yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini malam tadi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 500 ahli dan penyokong PKR pada program Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamed Azmin yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini malam tadi.

Turut hadir Mohamed Azmin, Naib Presiden PKR, Tien Chua dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

Amirudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkata, agak malang apabila ada pihak yang tidak mahu belajar daripada sejarah.

“Kalau tidak takut dengan Tuhan pun, mungkin mereka tidak belajar daripada sejarah bahawa politik sedemikian rupa dengan mengaibkan, fitnah yang direka cipta dengan harapan akan menggugurkan maruah dan harapan serta perubahan dalam kalangan rakyat akan tercapai.

“Paling malang mereka sekarang masih bersekongkol untuk mengulangi politik kotor yang pernah ditolak oleh rakyat 20 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau sudah menerima amaran daripada PKR iaitu bakal diambil tindakan disiplin.

“Ada orang arah ambil tindakan disiplin. Tak apa kalau dia ingat main politik dengan cara ini, teruskan kerana ALLAH bersama dengan kita, rakyat bersama kita. Insya-ALLAH perjuangan ini kita akan teruskan tanpa rasa gundah, tanpa rasa keliru,” katanya.