Anwar anjur Majlis Zikir, Selawat Nurul Anwar

Anwar mengadakan bacaan Yasin dan solat Hajat pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya, Bukit Segambut, Segambut, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Anwar mengadakan bacaan Yasin dan solat Hajat pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya, Bukit Segambut, Segambut, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lebih 200 penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadiri Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini malam ini.

Majlis yang diketuai sendiri Anwar yang juga Presiden PKR itu bermula seawal jam 6.30 petang dimulai dengan majlis zikir, solat Maghrib, selawat dan akan disusuli dengan solat Isyak.

Turut kelihatan pada majlis itu, isteri beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar mengadakan bacaan Yasin dan solat Hajat pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya, Bukit Segambut, Segambut, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Anwar mengadakan bacaan Yasin dan solat Hajat pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya, Bukit Segambut, Segambut, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI

Terdahulu, jemputan bagi majlis itu menarik perhatian ramai apabila ia menyusul selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali turut akan mengadakan majlis doa kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor malam ini.

Menurut Setiausaha Akhbar Pejabat Anwar, Tunku Nashrul Abaidah, majlis keagamaan itu sememangnya biasa diadakan di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu.

"Ada setiap Ahad di rumah beliau," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin hadir majlis doa selamat

Artikel Berkaitan: