Sawa batik melingkar dalam longkang

Anggota APM menangkap ular sawa berkenaan menggunakan alatan khas di Kampung Manal di sini tengah malam semalam.
Anggota APM menangkap ular sawa berkenaan menggunakan alatan khas di Kampung Manal di sini tengah malam semalam.
A
A
A

TANAH MERAH - Seekor ular sawa batik seberat lebih enam kilogram ditemui berhampiran rumah penduduk Kampung Manal di sini tengah malam semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Tanah Merah, Ab Fattah Ab Aziz berkata, ular sawa berkenaan ditemui berada dalam kawasan longkang berhampiran masjid.

"Pihak kami menerima panggilan daripada penghuni kediaman selepas dikejutkan dengan haiwan terbabit melingkar dalam kawasan longkang.

"Kita hantar sepasukan anggota dengan alatan khas untuk menangkap ular terbabit.

"Mujurlah ular berkenaan tidak agresif dan berjaya ditangkap," katanya.

Ab Fattah berkata, ular berkenaan dihantar ke pejabat APM Tanah Merah untuk tindakan susulan.

"Kita nasihatkan penghuni kediaman agar sentiasa menjaga kawasan sekitar dengan membersihkan semak supaya dapat menghindar kehadiran ular dan haiwan liar.

"Kawasan bersemak menjadi tempat kegemaran ular bersembunyi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, orang ramai yang terserempak dengan haiwan berbisa dinasihatkan supaya dapat menghubungi pasukan penyelamat di talian 999 untuk tindakan lanjut.

"Saya nasihatkan agar jangan ambil tindakan sendiri kerana ia boleh membahayakan diri," katanya.