Jururawat bunuh dua anak kandung

Rumah di mana seorang jururawat membunuh dua anak kandungnya sebelum membunuh diri. - Foto italian insider
Rumah di mana seorang jururawat membunuh dua anak kandungnya sebelum membunuh diri. - Foto italian insider
A
A
A
AOSTA – ITALI. Seorang ibu berusia 48 tahun di Itali dilaporkan membunuh dua anak kandungnya sebelum bertindak membunuh diri dalam sebuah insiden di bandar Aymavilles, Itali.

Siasatan awal mendapati, Marisa Charrere, seorang jururawat di Hospital Parini, Aosta, menyuntik dua anak kandungya bernama Nissen, tujuh tahun dan Vivien, sembilan tahun dengan bahan sama yang digunakan ke atas banduan yang dihukum mati di penjara Amerika Syarikat.

Sumber polis berkata, Charrere mendapatkan bahan tersebut dari hospital tempat dia bekerja, namun ujian toksikologi akan menentukan punca sebenar kematian.

Mayat kesemua mangsa ditemui suami Charrere, Osvaldo Empereur sejurus pulang dari tempat kerja sekitar tengah malam pada Khamis lalu.

Susulan kejadian itu, Empereur dan ibu mentuanya dibawa ke hospital akibat mengalami kejutan.
Artikel Berkaitan:


Charrere dikatakan turut meninggalkan nota mengatakan dia tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan.

Seorang kenalan rapat keluarga berkenaan, Simone Reitano berkata Cherrere tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kemurungan. - Italianinsider