6 kali juara Liga Super, JDT terima sijil MBOR

Christopher (empat dari kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan MBOR kepada Ismail di Dataran Bandaraya hari ini.
Christopher (empat dari kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan MBOR kepada Ismail di Dataran Bandaraya hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) atas pencapaiannya memenangi Liga Super untuk tahun keenam berturut-turut sejak 2014.

Pengiktirafan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim di Dataran Majlis Bandar Raya Johor Bahru di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan penyerahan itu ialah Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar dan Setiausaha Agung PBNJ, Mohd Anizam Jamian.

Lakaran sejarah dalam bola sepak tanah air itu disahkan JDT selepas menduduki tangga pertama Liga Super musim ini dengan kedudukan 46 mata meninggalkan pencabar terdekat Pahang yang mengutip 36 mata.

JDT juga dijangka menjulang Piala Liga Super hari ini selepas berakhir perlawanan menentang Terengganu yang mana merupakan perlawanan terakhir skuad Harimau Selatan di laman sendiri musim ini.

Artikel Berkaitan: