Sila log masuk terlebih dahulu.

Maskot, logo Tahun Melawat Johor 2020 dilancar bulan depan

Cai Tung (lima dari kanan) ketika merasmikan Pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) Johor 2019 di Sutera Mall hari ini.
Cai Tung (lima dari kanan) ketika merasmikan Pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) Johor 2019 di Sutera Mall hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri bakal melancarkan logo dan reka bentuk maskot Tahun Melawat Johor 2020 pada bulan depan.

Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liow Cai Tung berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan 20 festival dan 20 destinasi pelancongan menarik.

"Pejabat Pelancongan Johor mengadakan pertandingan reka bentuk logo, maskot dan persaingan fotografi membabitkan100 penyertaan dari seluruh negara.

"Kita akan memperkenalkan logo baharu dan reka bentuk maskot sempena Tahun Melawat Johor 2020 pada Ogos ini selain mengumumkan pemenang pertandingan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) Johor 2019 di Sutera Mall hari ini.

Cai Tung (tengah) ketika melawat gerai pameran MITM Johor 2019.
Cai Tung (tengah) ketika melawat gerai pameran MITM Johor 2019.

Dalam pada itu, Cai Tung berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.67 juta untuk melaksanakan promosi pelancongan ke seluruh dunia termasuk forum pelancongan Asia di Vietnam dan World Travel Mart di London.

Beliau berkata, Johor sentiasa berusaha menawarkan produk pelancongan yang kompetitif untuk memastikan pelancong kembali pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Tidak terkecuali pelancongan perubatan yang menjadi fokus dan kemudahan sedia ada dapat menarik pelancong dari Indonesia.

"Selain itu, kita turut berusaha mempromosikan kepulauan Johor, taman tema, rumah inap dan membangunkan keunikan di Kampung Melayu," katanya.