'Seni reka bentuk hidupkan jiwa saya'

Antara lukisan dinding yang dihasilkan Fattah.
Antara lukisan dinding yang dihasilkan Fattah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Perasaan cinta yang mendalam terhadap karya seni reka dan lukisan, membolehkan seorang pemuda menjadikan hobinya itu sebagai satu kerjaya.

Fattah Shahari, 30, yang merupakan seorang pereka grafik dan pelukis mural, telah menjelajah ke seluruh negara bagi menabur khidmat mengikut permintaan pasaran sekali gus mengumpul pengalaman sebagai seorang yang bergelar anak seni.

Fattah menyiapkan lukisan mural berkonsepkan frontliners.
Fattah menyiapkan lukisan mural berkonsepkan frontliners.

“Saya minat kepada apa sahaja yang berkaitan dengan seni reka bentuk, grafik, lukisan mural dan grafiti yang mana saya akan ubah apa yang saya suka buat ke arah sesuatu yang mampu menjana pendapatan.

“Saya boleh istilahkan bahawa seni reka bentuk bukan hanya kerja dan hobi semata-mata malah ia telah menjadi satu perniagaan serta menghidupkan jiwa saya.

Hasil karya lukisan mural yang disiapkan Fattah mempunyai mesej yang tersendiri.
Hasil karya lukisan mural yang disiapkan Fattah mempunyai mesej yang tersendiri.

“Ia telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, sehinggakan saya tidak senang duduk jika tidak melakukan apa-apa rekaan atau seni lukisan,” ujarnya.

Anak jati Sungai Petani, Kedah yang berkelulusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, beliau mula meminati seni visual sejak berjaya melaksanakan projek mural pertama semasa di sekolah menengah.

Lukisan hasil karya Fattah yang membawa maksud memerangi Covid-19 dan kepentingan menjaga kesihatan.
Lukisan hasil karya Fattah yang membawa maksud memerangi Covid-19 dan kepentingan menjaga kesihatan.

Fattah yang kini bekerja sebagai pelukis visual dan pereka grafik bebas di sebuah studio, di sini berkata, pelbagai jenis karya dan lukisan telah berjaya dihasilkan termasuk permintaan daripada pihak agensi atau jabatan kerajaan mahupun komersial.

Antaranya menjayakan Pameran Grafiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ismail, mural SMK Dulang, mural Tadika Ambangan Heights dan Little Caliphs.

Fattah menyiapkan lukisan yang berkonsepkan kemerdekaan.
Fattah menyiapkan lukisan yang berkonsepkan kemerdekaan.

Beliau juga pernah menghasilkan hiasan dinding untuk pelbagai jenis restoran, menyediakan khidmat kepada beberapa pihak lain antaranya Grafiti Demo Sandakan, Discover Kedah, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Genting Highlands Premium Outlets, Kolej Universiti Insaniah dan Balai Seni Negara.

Lukisan mural yang dihasilkan Fattah di lorong gelap dekat Jalan Dewa, Sungai Petani berjaya menghidupkan kembali laluan itu dan mewujudkan suasana lebih segar sehingga menarik perhatian pengunjung.
Lukisan mural yang dihasilkan Fattah di lorong gelap dekat Jalan Dewa, Sungai Petani berjaya menghidupkan kembali laluan itu dan mewujudkan suasana lebih segar sehingga menarik perhatian pengunjung.

Terbaharu, Fattah telah menghasilkan lukisan mural di sebuah lorong gelap dekat Jalan Dewa, Sungai Petani.

Hasil lukisan muralnya itu berjaya menghidupkan kembali laluan berkenaan dan menjadi pemandangan luar biasa sekali gus menarik lebih ramai pengunjung menikmati suasana selain membeli pelbagai barangan serta produk yang dijual di lot berdekatan.