China draf pelan untuk atasi krisis politik di Hong Kong

 Kumpulan penunjuk perasaan memecahkan pintu kaca bangunan Majlis Legislatif di Hong Kong pada awal bulan lalu.
Kumpulan penunjuk perasaan memecahkan pintu kaca bangunan Majlis Legislatif di Hong Kong pada awal bulan lalu.
A
A
A

BEIJING - Pegawai China yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Hong Kong kini sedang merancang strategi segera untuk menyelesaikan masalah kekacauan politik di bandar raya itu dan turut menolak sebarang penggunaan kuasa tentera.

Akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan pelan itu akan dibentangkan kepada pemimpin atasan di Beijing bersama rancangan untuk menangani protes mega dan strategi jangka masa panjang yang akan menyebabkan China membaik pulih pengurusan wilayah bekas jajahan British itu.

“Pihak berkuasa China melihat polis Hong Kong adalah kunci utama untuk mengekalkan kestabilan,” lapor SCMP walaupun taktik pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata, peluru getah, baton dan penyembur lada untuk menyuraikan kumpulan protes dikritik banyak pihak.

Isnin lalu, Ketua Eksekutif, Carrie Lam menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya walaupun didesak penunjuk perasaan.

Sejak pertengahan Jun lalu, Hong Kong dilanda gelombang protes anti-China yang menuntut kerajaan membatalkan rang undang-undang ekstradisi ke Tanah Besar selain mendesak pengunduran Lam. - Bloomberg

Artikel Berkaitan: