PKR Perak minta ahli tidak keluar ahli kenyataan berbeza dengan Presiden

Baldip Singah - Foto BERNAMA
Baldip Singah - Foto BERNAMA
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak meminta semua pihak terutama ahli parti agar tidak mengeluarkan kenyataan berbeza daripada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Naib Pengerusi 1 PKR perak, Baldip Singah berkata, pihaknya yakin dengan kenyataan Anwar semalam berhubung isu video intim itu kerana ia berbentuk bersyarat.

"Perkataan 'if' yang bermakna 'sekiranya’ atau 'kalau’. Saya tidak nampak ada apa-apa kesalahan kenyataan itu. Sekiranya video itu tidak tulen dan pelakunya tidak terbabit, maka tiada apa-apa atau sesiapa pun anggota parti terbabit perlu meletak jawatan.

"PKR Perak terperanjat dengan kenyataan dikeluarkan pimpinan dan anggota parti yang salah faham dengan maksud perkataan 'if’ itu, tiada perkara salah terhadap kenyataan itu, tiada kenyataan langsung meminta mana-mana pihak meletak jawatan,” katanya.

Baldip bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi II PKR Perak, Tan Kar Hing; Naib Pengerusi III, Anuar Zakaria, pimpinan PKR negeri dan beberapa Ketua Cabang negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin perlu letak jawatan jika video intim sahih, kata Anwar

Semalam, Anwar pada sidang media di Parlimen berkata Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Pagi ini, 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan beberapa Ahli Parlimen PKR mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan perpaduan parti dalam isu video lucah itu.

Menjelas lanjut, Baldip berkata PKR Perak sentiasa memberikan sokongan padu kepada Anwar.

"We stand behind him collectively. We are supporting him in whatever moves or (“Kami berdiri teguh di belakang beliau. Kami menyokong beliau dalam apa juga langkah atau) kenyataan yang akan dikeluarkan pada masa akan datang," katanya. - Bernama