Sultan Johor terima kunjungan hakim

Sultan Ibrahim bergambar dengan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Sesyen Foto- Ihsan Royal Press Office
Sultan Ibrahim bergambar dengan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Sesyen Foto- Ihsan Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan rombongan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru di sini semalam.

Ia bagi meraikan dan bersuai kenal dengan tiga hakim yang memulakan perkhidmatan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru serta beramah mesra bersama hakim-hakim yang lain.

Tiga hakim baharu itu ialah Pesuruhjaya Kehakiman MTJB Cyberport Sivil 3, Awang Armadajaya Awang Mahmud; Pesuruhjaya Kehakiman MTJB Jenayah Dua, Dr Shahnaz Sulaiman dan Pesuruhjaya Kehakiman MTJB Cyberport Sivil Empat, Evrol Mariette Felix Michael Peters.

Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan rombongan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen di negeri ini. Foto- Ihsan Royal Press Office
Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan rombongan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen di negeri ini. Foto- Ihsan Royal Press Office

Hadir sama; Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ishak Sahari.

Baginda turut meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama rombongan berkenaan yang turut dihadiri semua Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan sebahagian daripada Hakim Mahkamah Sesyen, sebelum mereka diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Artikel Berkaitan: