PKR pecat Ketua Cabang Seputeh, P Ganapathy

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - PKR memecat keahlian Ketua Cabang Seputeh, P Ganapathy yang didapati melanggar disiplin parti.

Lembaga Disiplin PKR dalam satu kenyataan di sini berkata, P Ganapathy telah beberapa kali menyebarkan dan memuat naik di dalam laman sosial berita tidak benar, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti.

"Beliau telah didapati melanggar Kod Tataetika Anggota, Perkara 10.2.2 iaitu 'Membuat kenyataan umum yang tidak benar berbentuk fitnah terhadap mana-mana anggota parti dengan niat untuk memalukan, menjatuhkan maruah, merosakkan reputasi dan keperibadian anggota tersebut atau untuk menyebabkan kehilangan jawatan, pangkat atau kedudukan.

"Pemecatan tersebut dilakukan selepas Lembaga Disiplin menjalankan proses siasatan dan memanggil beliau untuk pendengaran seperti ditetapkan tatacara disiplin parti," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!