Lelaki ditahan miliki 60kg daun ketum

Ketum
Ketum
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menemui 12 bungkusan plastik berisi 60 kilogram daun ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kelawar, di sini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran berkata, selain daun ketum, pihaknya turut menemui 10 liter cecair ketum.

Menurutnya, berdasarkan penemuan itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun untuk siasatan lanjut.

"Nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM2,000 dan tangkapan dibuat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

"Hasil saringan awal air kencing juga mendapati suspek negatif," katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau berkata, suspek yang bekerja kampung itu juga memiliki satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: