GST: Najib akui rasa terbela dengan laporan PAC

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Abdul Razak memegang poster had umur mengundi di lobi Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Abdul Razak memegang poster had umur mengundi di lobi Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berasa terbela dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyatakan tiada rompakan atau penyelewengan dalam kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menurut beliau, cara pentadbiran wang itu telah dilakukan mengikut nasihat pegawai-pegawai Kementerian Kewangan termasuk Ketua Akauntan Negara ketika itu.

"Cara pentadbiran duit itu masuk dalam consolidated account (akaun disatukan) dulu sepenuhnya. Daripada akaun disatukan itu baru kita agih untuk bayaran balik GST kerana jumlahnya tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan hasil GST tidak hilang: PAC

"Ia bergantung kepada kesahihan tuntutan dan sebagainya. Dalam pada itu, duit masuk itu kita akan guna untuk urusan pentadbiran seperti kos pentadbiran kerajaan, perkhidmatan rakyat dan juga untuk pembangunan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak ada kehilangan dalam kutipan GST.

Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kaedah yang digunakan itu amat sesuai dan turut digunakan negara lain seperti Singapura.

Artikel Berkaitan:

"Jadi mustahil ada penyelewengan, mustahil ada perompakan sama sekali," katanya.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah melakukan pembohongan di dalam Dewan Rakyat apabila mendakwa wang kutipan GST telah ‘dirompak’ oleh kerajaan terdahulu.

"Ini satu tuduhan yang amat serius dan BN telah buat laporan untuk jawatan kuasa hak dan kebebasan Parlimen," katanya.