X

Kindly register in order to view this article
!

Anak muda tuntut dialog dengan Mukhriz

Muhammad Ameer Syazwan (empat dari kiri) bersama anak muda Baling menunjukkan bantahan terhadap operasi kuari Gunung Pulai.
A
A

ALOR SETAR - Anak-anak muda di Baling menuntut supaya diadakan sesi dialog bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkaitan isu operasi kuari Gunung Pulai.

Wakil anak muda Baling, Muhammad Ameer Syazwan Mohd Ridzuan berkata, mana-mana pihak dialu-alukan menganjurkan sesi dialog berkenaan supaya pemimpin negeri dapat mendengar pandangan dan idea anak muda.

Menurutnya, suara anak muda tidak wajar didiskriminasikan hanya kerana mereka masih mentah dan bergelar pelajar.

"Kami juga mempunyai hak bagi mempertahankan khazanah negara kerana anak muda pewaris pada masa akan datang.

"Anak muda akan mengambil tampuk pemerintahan akan datang, jika bukan sekarang (sesi dialog), bila lagi kami akan mula? Anak muda dan isu semasa tidak boleh dipisahkan," katanya kepada Sinar Harian di Kampung Sungai Limau.

Muhammad Ameer Syazwan berkata, Mukhriz disaran supaya tidak meluluskan projek kuari berkenaan kerana kawasan sekitar Gunung Pulai berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

"Duit tidak akan kekal, tetapi yang kekal ialah khazanah alam yang dapat diwarisi bagi generasi seterusnya.

"Jika operasi ini dilaksanakan, ia umpama satu pengkhianatan kepada anak muda. Kita sebagai manusia perlu mempertahankan, bukan zalimi alam sekitar," katanya.

Kerajaan negeri telah memulakan pembayaran bagi mengambil 29 lot bergeran milik penduduk sejak Isnin lalu untuk pembinaan jalan kuari.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!