Lebih 54,000 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MAKKAH - Seramai 54,453 jemaah haji dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia ini sudah berada di Tanah Suci menerusi inisiatif memuktamadkan prosedur kastam dan pengeluaran visa di negara asal jemaah haji berkenaan, lapor Saudi Press Agency.

Agensi berita itu melaporkan bahawa jemaah haji berkenaan tiba antara Julai 4 hingga Julai 14 menerusi 135 penerbangan.

SPA memetik ketua pengarah pasport sebagai berkata 20,261 jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Abdulaziz di Madinah menerima 34,192 jemaah.

Ahad lepas Bernama melaporkan bahawa sejumlah 9,363 jemaah haji Malaysia telahpun berada di sini dan di Madinah sehingga Sabtu (13 Julai).

Menurut Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH) sejumlah 4,653 jemaah haji telah berada di sini manakala 4,710 lagi berada di Madinah, di mana jemaah haji yang telah tiba merupakan 31 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia musim ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: