Algeria tamat kemarau 29 tahun layak ke final

Pemain Algeria meraikan jaringan Mahrez sekali gus mara ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika. foto: AFP
Pemain Algeria meraikan jaringan Mahrez sekali gus mara ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika. foto: AFP
A
A
A

RIYAD Mahrez menjadi wira Algeria apabila meledak gol kemenangan menerusi sepakan percuma cantik untuk menumpaskan Nigeria 2-1 dalam aksi separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika, semalam.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan penantian 29 tahun pasukan itu untuk mara ke perlawanan akhir selepas kali terakhir berbuat demikian semasa menjulang trofi tersebut pada 1990.

“Kami sangat gembira berada di final Piala Negara-Negara Afrika kerana ia sesuatu yang amat istimewa.

“Menjadi sasaran kami untuk merangkul kejuaraan buat rakyat dan keluarga. Kami tahu mereka semua menyokong kami sepanjang perlawanan. Ia adalah gol terpenting buat pasukan kebangsaan. Memang benar ia menjadi impian saya untuk memenanginya dan harap kami boleh melakukannya,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Algeria mendahului permainan hasil jaringan sendiri pemain Nigeria William Troost-Ekong tetapi Nigeria bangkit menerusi gol Odion Ighalo pada minit ke-72.

Ketika permainan seperti akan berlanjutan ke masa tambahan, bintang Manchester City itu tampil dengan sepakan percuma menarik pada minit ke-95 untuk memastikan kemaraan Algeria ke perlawanan akhir.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, Senegal menepati ramalan layak ke perlawanan akhir apabila menundukkan Tunisia 1-0 dalam perlawanan yang terpaksa diheret ke masa tambahan.

Gol sendiri pemain Tunisia menjadi gol kemenangan tunggal Senegal apabila Dylan Bronn tertampan bola ke gawang sendiri ketika permainan memasuki 10 minit masa tambahan.

Artikel Berkaitan:

Pengendali Senegal, Aliou Cisse mengakui gembira dengan kemenangan tersebut selain turut menyanjung tentangan yang diberikan Tunisia dalam perlawanan itu.

"Mereka (Tunisia) membuatkan kami berpeluh untuk menang. Bagi saya, perlawanan ini antara aksi terbaik dalam bola sepak Afrika.

"Tahniah kepada pemain yang memberikan segalanya dalam perlawanan ini dan kami akan bersedia untuk perlawanan akhir nanti," katanya.